Proses menjadi Pelajar Berdaftar UIS melibatkan tiga peringkat seperti berikut:

PERINGKAT PERTAMA: PERMOHONAN
i. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Permohonan Baru.
ii. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online dan klik HANTAR.
iii.Cetak Borang Permohonan Kemasukan untuk rujukan.

PERINGKAT KE-2: SEMAKAN & PENAWARAN
i. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Semak Status Permohonan.
ii. Sekiranya permohonan berjaya, calon pelajar perlu muat turun (download) dan cetak semua dokumen dan borang berkaitan pendaftaran.
iii.Lengkapkan/ laksanakan/ penuhi semua keperluan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu.

PERINGKAT KE-3: PENDAFTARAN
i. Pastikan semua perkara dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu disediakan/ dilengkapkan/ dibawa pada hari pendaftaran.
ii. Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu UIS pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan (rujuk Surat Tawaran).

Selamat Maju Jaya & Terima kasih.
Untuk Permohonan Warganegara Malaysia Sahaja.
Aplikasi Dalam Talian Kemasukan Tahun 2024
No. Kad Pengenalan: contoh. [800110145079]
 PERINGATAN KEPADA PEMOHON
Permohonan Baru

1. Pemohon WAJIB menggunakan dan memasukkan keputusan sebenar peperiksaan/ kelulusan yang berkaitan semasa mengisi bahagian Latarbelakang Akademik.

2. Sekiranya permohonan berjaya, surat tawaran mengikuti pengajian di UIS akan dikeluarkan secara online kepada pemohon. Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui SMS. Semakan status permohonan secara online boleh dilakukan di www.kuis.edu.my

3. Selepas surat tawaran dikeluarkan, sebarang permohonan untuk tukar program hanya boleh dilakukan selepas hari pendaftaran pelajar baharu dan ia tertakluk kepada kelayakan akademik pemohon.

4. Sebagai ingatan, segala maklumat yang diberikan semasa memohon hendaklah benar, betul dan tepat. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah TIDAK benar/ betul/ tepat, surat tawaran mengikuti pengajian di UIS akan TERBATAL dengan sendirinya.

5. Sila hubungi Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik UIS melalui saluran berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan pendaftaran.
No. Telefon : 03-8911 7000 no. sambungan : 1418/  1421  
E-mel admission@kuis.edu.my

PERINGATAN KEPADA PEMOHON PROGRAM IJAZAH SARJANA:

1. Sila hantar dokumen-dokumen berikut ke Seksyen Permohonan dan
Kemasukan Pelajar melalui emel admission@kuis.edu.my

i. Transkrip Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana,
ii. Skrol Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana; dan
iii. Surat pengiktirafan dari JPA (bagi kelulusan luar negara sahaja).

PERINGATAN KEPADA PEMOHON PROGRAM PH.D:

1. Sila hantar dokumen-dokumen berikut ke Seksyen Permohonan dan
Kemasukan Pelajar melalui emel admission@kuis.edu.my

(a) proposal penyelidikan seperti format berikut:

 i) Minimum 3 muka surat
 ii) Tulisan Arial, font 12
 ii) Perlu mengandungi:
    - Tajuk Penyelidikan
    - Latar Belakang Kajian
    - Permasalahan Kajian
    - Objektif Kajian
    - Metodologi Kajian
    - Literatur Kajian
    - Rumusan Kajian
    - Rujukan
    - Cadangan Penyelia jika ada

(b) Transkrip Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana,
(c) Skrol Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana; dan
(d) Surat pengiktirafan dari JPA (bagi kelulusan luar negara sahaja).

Nota : Dokumen sokongan tersebut di atas perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ijazah Lanjutan Fakulti untuk mendapatkan kelulusan. Kelewatan Tuan/ Puan untuk menyerahkan dokumen sokongan yang diperlukan akan menyebabkan proses permohonan Tuan/ Puan lambat diproses.

Kemaskini Permohonan
Cetak Borang Yang Telah Diisi
Semak Status Permohonan
  UIS adalah Pilihan Anda kerana :  
> Melahirkan tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. 
   
> Menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan moto “Peneraju tradisi ilmu”.
   
> Komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan adalah berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
   
> Menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin antaranya termasuk Pengajian Islam, Pengajian Perniagaan, Perbankan Islam, Bahasa dan Komunikasi, ICT dan Multimedia, dan Pendidikan.
   
> Menawarkan kos pengajian yang kompetitif, persekitaran kampus yang indah, menyediakan kemudahan penginapan yang selesa serta kemudahan pembelajaran & pengajaran yang terkini.
   
> Bertekad untuk menjadi sebuah gedung ilmu bertaraf antarabangsa dan pelopor di kalangan institusi pendidikan tinggi berteraskan Islam.

Notes : Sila gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox untuk mengelakkan sebarang masalah..