Proses menjadi Pelajar Berdaftar KUIS melibatkan tiga peringkat seperti berikut:

PERINGKAT PERTAMA: PERMOHONAN
i. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Permohonan Baru.
ii. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online dan klik HANTAR.
iii.Cetak Borang Permohonan Kemasukan untuk rujukan.

NOTA: Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari bekerja. Semakan status permohonan secara online boleh dilakukan selepas tempoh tersebut.

PERINGKAT KE-2: SEMAKAN & PENAWARAN
i. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Semak Status Permohonan.
ii. Sekiranya permohonan berjaya, calon pelajar perlu muat turun (download) dan cetak semua dokumen dan borang berkaitan pendaftaran.
iii.Lengkapkan/ laksanakan/ penuhi semua keperluan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu.

PERINGKAT KE-3: PENDAFTARAN
i. Pastikan semua perkara dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu disediakan/ dilengkapkan/ dibawa pada hari pendaftaran.
ii. Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan (rujuk Surat Tawaran).

Selamat Maju Jaya & Terima kasih.
Untuk Permohonan Warganegara Malaysia Sahaja.
Aplikasi Dalam Talian Kemasukan Sesi II 2017
No. Kad Pengenalan: contoh. [800110145079]
 PERINGATAN KEPADA PEMOHON
Permohonan Baru

1. Pemohon dinasihatkan untuk memberikan pertimbangan serius kepada pilihan program yang ingin dimohon sebelum melengkapkan bahagian PROGRAM PILIHAN.

2. Jika perlu, pemohon boleh berbincang dengan ibu bapa/ guru kaunseling/ saudara mara/ penaja pengajian sebelum membuat keputusan mengenai program pilihan yang hendak dimohon.

3. Pemohon WAJIB menggunakan dan memasukkan keputusan sebenar peperiksaan/ kelulusan yang berkaitan semasa mengisi bahagian Latarbelakang Akademik. Penggunaan keputusan peperiksaan percubaan

4. Sekiranya permohonan berjaya, surat tawaran mengikuti pengajian di KUIS akan dikeluarkan secara online kepada pemohon dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan. Semakan status permohonan secara online boleh dilakukan di www.kuis.edu.my

5. Selepas surat tawaran dikeluarkan, sebarang permohonan untuk tukar program hanya boleh dilakukan selepas hari pendaftaran pelajar baharu dan ia tertakluk kepada kelayakan akademik pemohon.

6. Sebagai ingatan, segala maklumat yang diberikan semasa memohon hendaklah benar, betul dan tepat. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah TIDAK benar/ betul/ tepat, surat tawaran mengikuti pengajian di KUIS akan TERBATAL dengan sendirinya.

7. Sila hubungi Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS melalui saluran berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan pendaftaran.
No. Telefon : 03-8911 7000 no. sambungan : 2240/  1418/ 1220/  1205
No. Faksimili : 03-8926 8462
No. Whatsapp : 019-226 0746/ 019-389 6937
E-mel admission@kuis.edu.my
Kemaskini Permohonan
Cetak Borang Yang Telah Diisi
Semak Status Permohonan
Senarai Program Yang Ditawarkan Pada Sesi I (Jun.) 2017/2018
  KUIS adalah Pilihan Anda kerana :  
> Melahirkan tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. 
   
> Menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan moto “Pemangkin tradisi ilmu”.
   
> Komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan adalah berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
   
> Menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin antaranya termasuk Pengajian Islam, Pengajian Perniagaan, Perbankan Islam, Bahasa dan Komunikasi, ICT dan Multimedia, dan Pendidikan.
   
> Menawarkan kos pengajian yang kompetatif, persekitaran kampus yang indah, menyediakan kemudahan penginapan yang selesa serta kemudahan pembelajaran & pengajaran yang terkini.
   
> Bertekad untuk menjadi sebuah gedung ilmu bertaraf antarabangsa dan pelopor di kalangan institusi pendidikan tinggi berteraskan Islam.

Notes : Sila gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox untuk mengelakkan sebarang masalah..